Potensi Graf Harga Emas Dan Panduan Memulakan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati,

Alhamdulillah minggu ini harga emas berada pada posisi harga yang paling rendah untuk bagi tahun 2013 ini, dan ternyata ini adalah satu peluang yang tidak harus anda lepaskan dan perlu dimanfaatkan dengan segera memulakan pelaburan emas dan perak anda (bagi yang belum bermula), dan mungkin peluang untuk anda buat belian tambahan bagi yang telah bermula sebelum ini.

Prestasi Harga Emas 23 Februari 2013

Baiklah, jom kita lihat dahulu bagaimana pergerakan harga emas pada minggu ini.

graf harga emas

  1. Kedudukan harga emas sekarang ini berada di sekitar paras harga yang sama seperti pada bulan 12, bulan 3 dan bulan 6 yang lalu, iaitu ia berada di paras harga sokongan.
  2. Berdasarkan pergerakan naik turun harga emas sepanjang tempoh lebih 1 tahun ini, ia menunjukkan yang ia bergerak naik dan turun dalam julat harga disekitar paras $1580/oz – $1790/oz = $210/oz (+-13%).
  3. Bermakna kalau anda membuat belian dan jualan pada dua paras tersebut seperti yang saya tandakan BELI dan JUAL pada graf diatas, anda sebelum ini telah pun meraih sebanyak 3 kali keuntungan dengan 3 kali transaksi.
  4. Kesimpulan dari pernyataan posisi harga emas sekarang adalah, jika anda membuat belian SEKARANG, ianya adalah peluang untuk anda meraih keuntungan pada kali yang ke-4 pula!

Trend Jangkamasa Sederhana Pergerakan Harga Emas

sideways market

Trend pergerakan harga emas ketika ini adalah Sideways Trend atau Ranging Market. Pergerakan seperti ini biasanya akan bergerak naik dan turun dalam range antara paras harga LOW (Support) dan paras harga HIGH (Resistance).

Strategi paling terbaik untuk pelaburan emas ketika ini adalah BUY LOW, SELL HIGH, iaitu beli pada ketika harga berada di paras support seperti sekarang ini, dan menjualnya semula pada ketika harga berada di paras Resistance atau yang berhampiran dengannya.

Oleh kerana itu, pemilihan produk emas yang menjadi medium pelaburan emas anda amat memainkan peranan, terutama dari segi susut nilai atau (spread), kerana jika anda memilih produk spread yang besar, anda akan kehilangan potensi untuk meraih untung maksimum apabila harga bergerak naik dari paras LOW ke paras HIGH.

Sebagai Contoh, katakan peratus (%) jarak harga emas dari paras LOW ke paras HIGH adalah sekitar 13%. Jika anda memilih produk emas dengan spread 8%, dan anda membuat belian pada paras harga LOW, apabila harga naik dan mencapai paras harga HIGH, keuntungan bersih anda hanya sekitar 5%.

Berbanding, jika anda memilih produk emas dengan kadar susut nilai (spread) yang hanya 4.5%, maka keuntungan bersih anda akan menjadi 8.5%.

Kesimpulannya, jika ada 2 orang yang membeli emas pada harga LOW, si A memilih produk emas dengan kadar spread 8% dan si B memilih produk emas dengan spread 4.5%, keuntungan si B akan lebih banyak berbanding si A, walaupun mereka membeli pada masa yang sama, harga yang sama, ditempat yang sama dan menjualnya juga pada harga dan masa yang sama.

sideways

Posisi Jual Beli Emas Dan Keuntungan Pelaburan Emas Tahun 2012

Baiklah, sebagai bukti dari kenyataan diatas, anda boleh analisa sendiri posisi pelaburan saya, iaitu paras harga belian dan jualan semula emas yang saya lakukan pada tahun 2012, dimana saya meraih untung bersih sekitar 18%.

jual beli emas 2012

Gold profit 2012

Eh, tapi kan kenaikan harga emas bermula dari 1 januari sehingga 31 Disember 2012 hanya sebanyak 7%? bagaimana saya boleh meraih sehingga 18%?

Ye, memang betul sekali, dan ini membuktikan kebenaran fakta, iaitu : Ilmu pelaburan emas adalah lebih penting berbanding emas itu sendiri,

Dan, Semestinya anda juga akan bersetuju dengan saya jika saya katakan – Memiliki ilmu mengenai pelaburan emas adalah keutamaan yang lebih penting berbanding hanya memiliki emas, tetapi ianya tidak menguntungkan, malah lebih teruk lagi sampai mengakibatkan kerugian!

Buktinya, Walaupun harga emas cuma naik sebanyak 7% sahaja, tetapi bila anda memiliki ilmu mengenainya, anda sebenarnya berupaya mengatur strategi pelaburan yang secara tidak langsung ia mampu meraih peratus keuntungan yang lebih tinggi berbanding peratus kenaikan harga emas itu sendiri.

Kerana, Keuntungan saya sebanyak 18% diatas adalah dikira berdasarkan Modal Pelaburan Emas sebanyak RM100,000, dan jumlahnya meningkat kepada RM118,000 menjelang hujung tahun 2012. Bermakna, ia adalah peratus keuntungan berdasarkan kenaikan jumlah modal, bukannya kenaikan harga Emas.

pelaburan emas untung 2 minggu

Mana yang lebih penting antara % kenaikan harga emas, dengan % kenaikan modal pelaburan?

Pada saya, % kenaikan modal pelaburan saya adalah lebih utama kerana ia membuktikan yang pelaburan saya menguntungkan, berbanding hanya melihat kepada % kenaikan harga emas semata-mata, kerana belum tentu lagi anda boleh meraih keuntungan daripada kenaikannya.

Robert Kiyosaki adalah diantara mentor pelaburan yang menjadi rujukan saya, dan ini komen beliau mengenai risiko dalam pelaburan,

risiko pelaburan

Risiko adalah berkenaan dengan apa yang anda tahu. Melakukan sesuatu yang anda tidak tahu akan merisikokan kerugian yang amat besar!

  • Bukan selepas beli emas dan harganya terus turun yang berisiko merugikan anda, jika anda tahu apa yang perlu anda lakukan ketika itu.
  • Bukan hanya sekadar membeli emas pada paras harga yang paling rendah sahaja yang menjamin keuntungan pelaburan emas anda, jika tiada sebarang tindakan pun yang dilakukan ketika berlaku kenaikan harganya.

Dan banyak lagi tanggapan-tanggapan kurang tepat ataupun mitos-mitos rekaan berkaitan dengan untung rugi pelaburan emas fizikal ini.

Anda pasti bersetuju jika saya katakan, pelabur emas fizikal yang paling malang di dunia adalah yang membeli emas pada ketika harga paling tinggi di dunia, pada bulan september 2011 yang lalu.

Tetapi tahukah anda, mereka yang nampak seperti malang itu sebenarnya berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak 15% sehingga akhir tahun 2012 yang lalu?

Saya tunjukkan dalam klip rakaman DVD Workshop Strategi 5B v3.0 ini.

[http://www.youtube.com/watch?v=dVhmOfPnt48]

BAGAIMANA MEMULAKAN PELABURAN EMAS?

Pertamanya fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan Emas, kemudian anda pasti akan faham bagaimanakah caranya membuat pelaburan emas.

Pelaburan Emas adalah dengan cara membuat simpanan dalam bentuk emas fizikal, dimana kenaikan harga emas akan menyebabkan sesiapa yang menyimpannya meraih keuntungan bila menjualnya semula, sekaligus menyebabkan simpanan emas turut diistilahkan dengan Pelaburan Emas.

BERAPAKAH MODAL MINIMUM MEMULAKAN PELABURAN EMAS?

Modal minimum adalah bergantung kepada harga variasi produk emas yang paling rendah. Di Public Gold, produk emas yang harganya paling rendah adalah emas 1 Dinar, iaitu harga ketika ini sekitar RM695 sahaja. KLIK SINI untuk semakan harga terkini.

gold price 23.2.13

dinar emas public gold

Longgokan Emas 1 Dinar

KENAPA PERLU MULAKAN PELABURAN EMAS SEKARANG?

gold return

Baiklah, ini adalah peratus kenaikan tahunan harga emas bermula dari 1 januari sehingga 31 disember setiap tahun. Sejak 9 tahun lalu, setiap tahun berlaku kenaikan harga walaupun cuma 5%.

Sekarang cuba anda perhatikan pula untuk tahun 2013, belum ada sebarang kenaikan kan? bermakna dengan membeli emas sekarang, anda mempunyai potensi meraih untung yang sangat besar, dan sekiranya pada tahun ini harga emas cuma naik +5% sahaja pun, belian yang anda lakukan sekarang akan mengalami kenaikan sekitar 10.8%.

Potensi Pergerakan Harga Emas Dan Pelaburan Emas - Pelaburjutawan.com

Potensi Pergerakan Harga Emas Dan Pelaburan Emas – Pelaburjutawan.com

Dari segi teknikal, posisi harga emas sekarang turut menunjukkan peluang good entry kepada yang baru hendak memulakan pelaburan mereka. tahukah anda, untuk setiap belian pada paras bertanda BELI, dan kemudian jualan dibuat pada paras harga bertanda JUAL, untuk setiap satu transaksi beli dan jual tersebut, ianya memberikan keuntungan bersih sekitar 4-5%.

Katakan 5% untung bersih untuk satu transaksi, dan ada 3 kali transaksi, bukankah itu bermakna anda telah meraih untung bersih 15%? Perhatikan pada graf dibawah, lihat bagaimana belian dan jualan sebelum ini meraih keuntungan dengan mudah dan pantas.

untung pelaburan emas

Bagaimana kalau sebelum ini dah beli emas pada harga tinggi?

Jika sebelum ini anda telah membeli pada harga tinggi, nasihat saya buat segera belian baru pada harga yang rendah sekarang ini. Tujuannya agar belian dapat dipuratakan disamping anda juga sebenarnya membeli emas pada kadar spread yang lebih rendah (dalam RM, bukan dalam peratus) apabila anda membeli ketika harga rendah, berbanding semasa harganya tinggi.

Dibawah adalah strategi yang saya atur untuk salah seorang dealer baru saya, yang sebelum ini beliau membuat belian pada tahun 2011, dan selepas itu tiada sebarang tindakan susulan dan pemantauan, sehinggalah saya memberikan cadangan untuk masalah yang dihadapinya.

Dan sekarang ini, barulah beliau membuat belian yang baru untuk mendapatkan belian purata bagi pelaburan emas nya.

HAJI ZAID KUANTAN purchase 19.2.13

13 LANGKAH PALING PANTAS MERAIH KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS 2013

1. Tentukan bajet yg diperuntukkan utk beli emas.

2. Pilih produk emas yg sesuai dgn bajet dan pilih yg susut nilai (spread) yg rendah.

3. Hubungi saya samaada melalui call/sms/whatsapp di no 016-2324916 dan maklumkan tujuan untuk memulakan belian emas.

4. Saya akan meminta beberapa butiran untuk dan membuat pesanan kepada Public Gold bagi pihak anda.

5. Selepas order dibuat, Public gold akan menghantar emel sales order kepada anda, dan anda perlu print sales order tersebut.

6. Anda boleh buat pindahan tuani melalui online, cash deposit atau pergi ke bank dan buat pindahan tunai ke akaun public gold utk pembayaran pesanan tadi.

7. Bawa bersama sales order + slip bayaran ke cawangan public gold berhampiran dan tunjukkan slip tersebut pd mereka.

8. Ambil emas dan bawa pulang.

9. Perhatikan pergerakan harga emas dari masa ke semasa, samaada berlaku kenaikan atau harganya turun lagi.

10. Sekiranya harga emas naik, buat perbandingan antara harga semasa dgn harga belian yg dilakukan, sekiranya ada keuntungan boleh lah jual semula emas tersebut kepada public gold.

11. Untuk menjual semula kepada public gold, bawa emas tersebut kemana2 cawangan berhampiran, serahkan kepada kakitangan bertugas dan maklumkan anda ingin menjual semula.

12. Pihak public gold akan membeli semula berdasarkan harga PG BUY pada ketika itu dan mereka akan menyerahkan resit “Buy Back” berwarna merah.

13. Wang jualan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan anda pada keesokan hari.

Selesai langkah awal sehingga akhir, ulangi sahaja langkah ini untuk pelaburan emas anda yang seterusnya.

Anda mungkin nak tahu lagi berkenaan :

INFO PENTING

Jika anda mendaftar akaun di Public Gold dan membuat pesanan secara online ataupun melalui telefon terus ke Public Gold, ataupun secara walk in ke cawangan Public Gold, anda perlu menyatakan nama introducer anda.

Introducer anda adalah individu yang memberikan maklumat kepada anda mengenai Pelaburan Emas Malaysia, membantu anda baik sebelum, semasa dan selepas anda membuat belian, dan sebaik sahaja anda memulakan Pelaburan Emas.

INTRODUCER PUBLIC GOLD

Jadi, pastikan anda kenal siapa Introducer anda, kerana sebelum ni ramai yang jadi dealer tanpa ada introducer…mungkin ia tidak penting ketika permulaannya, tapi bila timbul sesuatu masalah, anda ada individu yang menjadi rujukan dan membantu mencari penyelesaian…

Anda boleh gunakan maklumat saya sebagai introducer anda, untuk mendapatkan bimbingan intensif saya dari masa ke semasa.

NAMA – MOHD FAIZAN DASUKI
DEALER CODE – PG002027
NO Hp – 016.2324.916

*Kalau ada yg belum mengenali sy, sy ucapkan selamat berkenalan… : )